KEMUDAHAN DI SINI

Muhammad Zulkifli Blogger :)

Wednesday, October 12, 2011

10 Negara yang Terkaya di Dunia

Berikut merupakan 10 negara yang terkaya didunia . Dengan bilangan KDNK per kapita yang tertinggi dan mempunyai bilangan penduduk yang ramai . Juga dengan aktiviti industri utama di negara masing - masing . 




10.Austria
KDNK per kapita US $ 39,711 . Terkenal dengan dagangan gula-gula dengan tanda
dagangan PEZ . Mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta . Sebahagian penduduk di Austria berbahasa Jerman. Antara industri utama pembinaan , pemakanan dan logam .

9.Ireland
KDNK per kapita mencapai  US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk mencapai 4.58 juta orang menggantungkan ekonomi negara ini industri utama logam , tekstil dan makanan . 

8.Belanda
KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.

7. Switzerland
Switzerland sebenarnya adalah negara yang bagus bagi pelabur. KDNK per kapita mencapai US $ 46.424 dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.

6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.

5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan perkhidmatan kewangan.

4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.

3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.

2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562. Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.

1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.



Agak - agak bila Malaysia akan masuk dalam senarai ini ? SUMBER BLOG

No comments:

Post a Comment