KEMUDAHAN DI SINI

Muhammad Zulkifli Blogger :)

Saturday, October 29, 2011

Info Info menarik yang perlu korang ketahui (part 1)





  • Apabila kita membuang air kecil , badan akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh 
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan , jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. Ia umpama kita membuka minuman berkarbonat, gas akan meletup keluar sebaik penutup botol dibuka. Hanya sekali sahaja letupan boleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama unutk buih tersebut terbentuk semula
  • Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki , jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki.Ada sesiapa boleh jawab, kenapa ?



  • Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut
  • Sehingga zaman pertengahan, penyelam sekitar pesisir pantai Mediterranian akan mengutip bebenang emas itu yang dihasilkan oleh sejenis cangkerang(pinnidae). Bebenang emas yang digunakan oleh cangkerang tersebut untuk mengikat dirinya pada sesuatu tempat supaya tidak hanyut, kemudiannya ditenun kepada pakaian serta alat perhiasan kaum wanita
  • Terdapat kira-kira 3000 spesies pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 Kilometer (satu batu) persegi di hutan Amazon
  • Uri Geller , ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar bisa yang dimilikinya itu berasal dari pelanet HOOVA . 
  • Kaca gelas pecah dengan kelajuan 4827km/j


-----------------------------------------------------------------
===========================================





Sunday, October 23, 2011

Sejarah Hoki dan Asal Usulnya






Tengah JoeJambul tengok perlawanan Final Liga TNB terfikir pulak nak buat post pasal sejarah Hoki di Malaysia . Berikut adalah mengenai sejarah , asal usul dan pengenalan tentang permainan yang dikenali sebagai HOKI.

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

 
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.


Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.


Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.


Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.


Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan
Tapi sedih , permainan hoki ini tidak mendapat sambutan yang begitu mengalakkan . Berbanding bola sepak dan badminton . Joejambul harap permainan hoki ini akan menjadi satu fenomena di Malaysia sebagai salah satu permainan atau sukan yang digemari orang ramai .








____________--------------------------------------
------------------------------------------------------

TAMAT

Wednesday, October 19, 2011

WTF : Fesyen Pelik yang menjadi trend di negara CHINA

Fesyen ini merupakan trend zaman kini untuk lelaki dinegara China . Trend melipat baju sehingga keatas perut .Trend ini akan kelihatan di bandar bandar di China . Haha , agak - agak lelaki China di Malaysia suka tak fashion macam ni . 










Sumber : STRESS







Saturday, October 15, 2011

Bukti Burger and Fries McDonald's bahaya


Seorang artis dari New York , Sally Davies telah menjalankan satu projek mengambil gambar burger dan fries Mc Donald's . Beliau mula mengambil gambar set tersebut pada hari dia membeli set tersebut iaitu pada 10 April 2010 hingga ke hari yg ke-137 . Burger itu mengalami sedikit perubahan saja iaiut mengecil tetapi yang lainnya hanya kelihatan baik . 

Pada awalnya , Davies ingin mengambil gambar burger dan fries itu menjadi buruk dan rosak . Tetapi beliau terkejut kerana tiada perubahan atau kerosakan berlaku pada burger dan fries tersebut .Lalu beliau meneruskan mengambil gambar selama mungkin . Beberapa tahun sebelum ini , satu kes telah direportkan dimana sebiji burger McDonald's berumur 12 tahun dijumpai dalam keadaan yang sgt baik . 

Experiment Davies ini menunjukkan bahawa burger McDonald's adalah dalah satu makanan paling bahaya dimakan orang ramai . Daging itu dibuat dari 100% daging lembu tanpa pengawet . Tetapi adalah mustahil jika burger itu dapat bertahan sehingga bertahun - tahun . Mungkin ada bahan kimia yang diletakkan pada burger tersebut ?












Fast Food memang sedap , tapi ada risikonya . Jika kita memakan fast food seperti ini , kita tidak boleh makan nasi selama satu hari .... Jadi kurangkan lah makan fast food tu yer ....

Nak makan boleh tapi sekali sekala sudahlah , lepas gian . hahaha

Sumber : Sini  dan Planet










Thursday, October 13, 2011

Usaha Syaitan utk Menyesatkan Anak Adam


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mahu ikut cakap siapa ? Malaikat atau Syaitan .
Syurga atau Neraka . itu semua keputusan anda , bertindak lah sekarang 

Renung - renungkan dan selamat beramal . 


***********************************************************
***********************************************************

Aktiviti FREEMASON menjual tiket ke planet baru selepas Kiamat 2012



Gambar di atas terang terangan menunjukkan aktivit FREEMASON yang boleh merosakkan akidah umat islam . Dalam laman web berikut , jelas tertera "2012 Escape Earth tickets" . 
ada pakej pakej yg ditawarkan kepada pembeli , contohnya pakej First class , Superluminal .

Bagi seluruh Blogger - blogger yg follow JoeJambul . diharap tidak terlalu taksub dan percaya dgn 
aktiviti FREEMASON . Freemason yg bermaksud tiada tuhan . 

Agak - agak diorang nak pegi ke planet mana ? Marikh , Pluto , Musytari . 

Renung-renugkanlah dan selamat beramal 



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, October 12, 2011

TUJUH BANGUNAN TERBALIK yang UNIK DI DUNIA

Bangunan semakin hari semakin pelik . manusia semakin kretif untuk melakukan reka bentuk bangunan yang baru . Berikut , 7 Bangunan Terbalik yang Unik di Dunia . 







7.Bangunan terbalik di German 


6.Gereja terbalik di Canada


5.Restoran terbalik di Jepun


4.Rumah terbalik di Russia


3 Bangunan terbalik di Florida,USA


2.Bangunan terbalik di Poland


1.Bangunan terbalik di Tenesse ,USA


Lepas ni mungkin ada bangunan yang terapung kot . Hahha . sumber BLOG

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


10 Negara yang Terkaya di Dunia

Berikut merupakan 10 negara yang terkaya didunia . Dengan bilangan KDNK per kapita yang tertinggi dan mempunyai bilangan penduduk yang ramai . Juga dengan aktiviti industri utama di negara masing - masing . 




10.Austria
KDNK per kapita US $ 39,711 . Terkenal dengan dagangan gula-gula dengan tanda
dagangan PEZ . Mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta . Sebahagian penduduk di Austria berbahasa Jerman. Antara industri utama pembinaan , pemakanan dan logam .

9.Ireland
KDNK per kapita mencapai  US $ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk mencapai 4.58 juta orang menggantungkan ekonomi negara ini industri utama logam , tekstil dan makanan . 

8.Belanda
KDNK per kapita mencapai US $ 42.447, Belanda menduduki kedudukan kelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenali untuk kadar pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16.68 juta. Antara industri utamanya merangkumi pertanian, logam, dan produk kejuruteraan.

7. Switzerland
Switzerland sebenarnya adalah negara yang bagus bagi pelabur. KDNK per kapita mencapai US $ 46.424 dengan jumlah penduduk 7.86 juta orang. Ekonomi Switzerland berdasarkan industri pelancongan, mesin, dan bahan kimia.

6. Amerika Syarikat
Amerika Syarikat menduduki tangga keenam negara terkaya dengan KDNK per kapita US $ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan penduduk lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya termasuk minyak bumi, baja, dan kenderaan bermotor.

5. Singapura
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berjaya masuk senarai ini adalah Singapura, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. industri utamanya merangkumi elektronik, kimia, dan perkhidmatan kewangan.

4. Norway
Sedangkan di kedudukan keempat negara terkaya adalah Norway, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 56.920. Kerajaan Norway adalah salah satu daripada beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategik ekonomi ini, mempunyai minyak dan gas asli, dan pemprosesan yang bagus.

3. Emiriah Arab
Emiriah Arab dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang mempunyai Dubai Mall, pusat membeli-belah terbesar di dunia ini, terdiri dari tujuh amiriah dan dikawal oleh presiden. Emiriah Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.

2. Luxembourg
Di posisi kedua adalah Luxembourg, dengan KDNK per kapita US $ 89.562. Walaupun merupakan negara Eropah yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luxembourg mempunyai bahasa sendiri iaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Perancis dan Jerman. Penduduk di sini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, perkhidmatan kewangan, besi dan baja.

1.Qatar
Negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan GDP adalah Qatar, dengan KDNK mencapai US $ 91.379 per kapita. Negara penganjur Piala Dunia pada 2022 mendatang ini mempunyai populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, pengeluaran minyak mentah dan penyulingan memainkan peranan besar bagi pendapatan negara ini.



Agak - agak bila Malaysia akan masuk dalam senarai ini ? SUMBER BLOG

Filem baru yg akan ditayangkan esok


Filem baru yang akan ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 2011 , iaitu esok . Filem ini menunjukkan fenomena Klip 3gp  yang berleluasa di negara ini . Penyalahgunaan telefon bimbit sekarang banyak dikalangan 
remaja. Dengan memuat turun segala jenis video seks atau video yg tidak sesuai dikalangan remaja 

Sinopsis
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.
Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.


Psiko - One Nation Emcess 


Lagu tema bagi filem baru yng akan ditayangkan esok , harap - harap akan meletop dan 

menjadi filem box office








------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------


Tuesday, October 11, 2011

Siapakan merawat hati ini


Siapa lah yang akan merawat hatiku ini .
Hati yang sedang terluka kerana ayat yang berupa kaca yang telah kau
lemparkan kepadaku ini . 
Siapa tak sedih beb . awek yang kau tunggu dah ada pakwe .
Huh , takpe sayang aku akan tetap menunggu mu .
Tapi , aku berjaya mendapatkan fb mu , walaupun 
kau keberatan hati untuk memberinya . 
Tidak mengapa sayang aku akan berjuan utk mendapatkan kau




Okay , petang . AIZAT ada ajak aku pergi rumah Taro kata nak buat kerja sekolah yang dah lama tertangguh tu . Aku pun ada lah semangat nak siapkan kerja sekolah . Lepas solat ZOHOR , makan tengah hari  aku terus pergi rumah ZAFIK dan panggil dia . Ouh , adek dia kate dia mengaji . OK , aku pergi tempat dia mengaji . Haa , ade pon moto LEXUR thailand dia kat depan rumah tempat dia ngaji tuh . Tunggu punye tunggu punye tunggu . akhirnya keluar gak kau Zafik . Bawak helmet sorang satu dan bertolak ke INTAN-A . sampai je aku ingat kat rumah dia . kat SWIMMING POOL rupenye . haa , sudah dia ni nak belajar ke ape . Akhirnya aku mandi jugak . 
Balik kena ceramah dengan CIK YAH . pasal budak budak yang hisap rokok. 

-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------


Sunday, October 9, 2011

10 / 10 / 2011



Rindu gile kat kawan kawan sekolah rendah dulu , biler aku pegi balik sekolah rendah aku tu , 
aku rase macam baru semalam aku keluar dari skolah tu , ramai cikgu yg aku kenal tapi dah lupe name nye . Kalo boleh aku nak amik UPSR balik . kalo boleh aku tak nk sekolah menegah .
Sekolah menegah tension sgt . Sekolah rendah rilek , peace , aman :)
Rindu - rindu . nak je aku buat reunion utk budak budak skolah rendah ni . 
tapi semua entah kemana . yg ade hanyalah kawan kawan skeolah
menengah ajew . Bile jumpa balik cekgu semalam . cikgu kate Hai , dah besar panjang dah ye .
haa . silap silap boleh kawin dah . Cume tak habes belajar jew . 


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Niat hati nak beli motor baru , motor HONDA EX5 aku tu
dah tak serupa motr dah . ye lah . abang aku dah jatuh utk keberapa kali entah ?
herm ,  agak agak aku nak beli moto ni . 

HONDA WAVE 
harga : 5-6 ribu 


YAMAHA LAGENDA 
harga : 5-6 ribu 


YAMAHA LC 135
harga 7 ribu

______________________________________________________________

Kalau boleh la , aku nak tiru macam kawan aku . LC 135 letak exos chamber  . 
macam macam lha , tapi dari aku letak benda acssesories kat moto . 
lebih baik aku letak dekat BANK aku . 
haha . Bak kata pepatah "Sedikit Sedikit ,  Lama lama Jadi Bukit "
Hahaha (gelak besar ) 


----------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------

TAMAT






Tuesday, October 4, 2011

10 / 4 / 2011

Kay , aku sedar siape aku . tapi jangan lha buat aku mcm tunggul kayu kat situ . 
Menyampah dor , biler online je ader orang nak tegor aku ? Takde ken . 
Huh --,-- . Agak agak korang tengok muke x ? kalo hensem layan .... muke tak hensem 
tak yah lha layan .. Okey . kalo korang sombong boleh , aku pon nak sombong .
Tapi sombong aku tak kemane , hurm . Aku pon nak mintak maaf kat
korang kalo aku ade buat salah kat korang smpai korang 
tak nak layan aku dah .... Ya Allah , Kabul kan lha doa ku , 
semoga aku tidak mempunyai ape ape dosa kepade kwn kwn ku . AMIN 


------------------------------------------------------------------------------






Sekarang aku nak satu benda je dari mak aku , Basikal fixie . Huh , kalo
sampai tahun dpan pon , mungkin aku takkan dapat . Mak aku cakap , 
"Haa , takyah takyah . Membazir , mak dah belikan dulu . Bukan nak pakai ."
Habis kalau basikal aku tuh cam basikal perempuan takkan aku nak kene bawak pegy sekolah
dengan sesak jalan mase nak balik sekolah dgn budak perempuan mesti tergelak 
gelak kat aku punye . Budak perempuan sekolah aku tuh pon ade yang bwk moto pegi sekolah  . 



----------------------------------------------------------------------------------------


Okay , time too close Blogger . Have a nice Tuesday day and Nice Wednesday untuk esok 




-----------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------